MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila  terdapat kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis  lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang  hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk  perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini  diharuskan oleh syarak?
SHAMSIAH ABU  BAKAR
Jerantut
Jawapan
Saya sendiri pernah  melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada  tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa  yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk  tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan. 
Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi,  sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi  penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: "Uqbah Ibnu 'Amir berkata, 'Saya  pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang  menggantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan  hajatnya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada'ah),  maka Allah tidak akan menenteramkannya.'"
Jelas  daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal  dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk  tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya. 
Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah  lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang  lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, 'Apakah yang kamu pakai ini? "Lelaki  itu menjawab, "Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada  sebarang kelemahan."
"Lalu baginda bersabda  kepadanya, 'Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada  mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati  dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu."  (Hadis riwayat 'Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal). 
Dalam hadis lain (mafhumnya): "Dan Abu Bashir al-Ansari  meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w.  dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta  yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.
"Lalu  baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah)  yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang." (Hadis  riwayat aI-Bukhari dan Muslim).
Sebab utama mengapa  Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut  oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mempercayai bahawa dengan memakai  tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh  membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi. 
Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan  kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai  di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua-tua, atas kepercayaan ia  boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.
Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): "Sesiapa yang  mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia  telah syirik kepada Allah SWT."
Oleh yang demikian  maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.
Waalahu a'lam. 
Saturday, August 2, 2008
Adakah Lilitan Benang Hitam pada budak adalah amalan syirik?
Soalan  
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

No comments:
Post a Comment