Friday, August 1, 2008

Rahsia Iblis

sekadar memanjangkan. .....

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu
hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis
kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah
memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir
kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu
tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku
berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu
berkumpul ialah di
pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam,
pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam
itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan
bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu
ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati
Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka
cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah
s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong
atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada
anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang
berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para
nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri
dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis
(ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah
s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu
dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih
kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu
perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada
anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman
Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang
tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada
anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"
Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak
dimulakan denhan nama Allah."

No comments: